Wednesday, November 17, 2010

Keruntuhan institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat Islam semakin meruncing. Bagaimanakah Islam memberi penyelesaian terhadap perkara ini.


Assalamualaikum WBT,

Saya Nur Elsza Saleeza binti Joni ingin menceritakan topik hari ini iaitu keruntuhan institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat islam masa kini semakin runcing, bagaimanakah islam memberi penyelesaian terhadap perkara ini. Saya ingin berkongsi bersama anda semua topik hari ini kerana ia amat penting bagi mereka yang akan melangkah kehidupan perkahwinan dan berkeluarga.

Kita sering kali mendengar berita tentang penceraian antara suami dan isteri yang kini semakin meruncingkan dan semakin berkembang. Sebagai seorang insan yang mempunyai akal dan fikiran mestilah bertindak dan berfikir cara menanganinya. Terlebih dahulu saya ingin menceritakan tentang keluarga. Apa itu keluarga? Keluarga merupakan sebuah institusi yang amat penting keranan keluarga merupakan masyarakat kecil yang menjadi asas dalam pembentukan masyarakat. Selain itu, kepentingan institusi ini jelas apabila Allah SWT mengadakan undang-undang dalam urusan kekeluargaan yang disebut sebagai munakahat. Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi individu yang baik kerana dari peribadi yang baik akan terbina keluarga yang baik, dari keluarga yang baik akan lahir masyarakat yang berdisiplindan mantap, seterusnya dari masyarakat yang berdisiplin akan tertegak negara yang cemerlang dan diredai oleh Allah SWT.

Pembentukan keluarga juga amat penting untuk mengekalkan kesinambungan generasi manusia kerana pengabaian pembentukan institusi keluarga akan membawa kepada kebenaransesebuah masyarakat. Selain itu, ia juga penting untuk memelihara akhlak, tata susila dan kemuliaan manusiam melalui ikatan perkahwinan. Ia juga untuk mencapai kebahagiaan, kehormanian, kebaikan, kasih sayang sesama manusia, kepuasan rohani serta jasmani dan membentuk umat yang kuat dan mantap kerana individu yang kukuh dan kuat dibentuk oleh ibubapa. Selain itu ia juga penting untuk mencetus dan membentuk semangat pengorbanan, tolong menolong, kerjasam dan perpaduan dalam jiwa setiap anggota keluarga.

Selain itu, perkahwinan juga penting untuk membina keluarga yang baik. Perkahwinan bermaksud syarat asas untuk mendidik keluarga. Perkahwinan juga merupakan satu amalan yang mulia di sisi Allah SWT. Ini kerana perkahwinan dianggap sebagai hubungan semula jadi yang wujud antara dua individu yang berlainan, iaitu lelaki dengan perempuan. Ia dilakukan bukan semata-mata ubtuk mencapai kepuasan nafsu, bahkan untuk mencapai ketenangan jiwa dan hati. Selain itu, perkahwinan dikategorikan sebagai ibadat. Malahan, islam menganjurkan perkahwinan dengan tujuan untuk mencari keredaan Allah SWT, memelihara kesucian diri dan keturanan, mengikut sunnah Rasulullah SAW, mendapatkan zuriat dan berdakwah. Di dalam Al-Quran, Allah telah menyerukan kepada manusia untuk mematuhi ketentuan-ketentuan dan kewajiban-kewajiban yang telah dijelaskanNya.

“tuhan yang telah menciptakan manusia itu dari sebentuk jiwa, yang darinya ia bentuk pula yang lain sehingga terciptalah apa yang disebut laki-laki dan perempuan (surah An-Nisa’ ayat 1). Allah telah menciptakan manusia dari satu jiwa dan dari jiwa itu Ia ciptakan manusia, sebab itu ia (laki-laki) mesti berusaha dan memberikan perlindungan kepadanya (wanita)”. (surah yang ke7 ayat 107).

Kita biasa mendengar ungkapan ini " Keluarga bahagia, negera sejahtera" Sebenarnya ungkapan yang nampak ringkas ini mempunyai makna yang amat besar bagi masyarakat kita khususnya orang-orang Melayu. kemelut rumahtangga yang melanda masyarakat melayu masa kini amat menyedihkan. Statistik perceraian yang meningkat,masalah penderaan anak2 dan isteri, masalah pembuangan bayi, pergaduhan suami isteri, nasib ibubapa yang dihantar kerumah orang2 tua dan banyak lagi masalah yang berkait rapat dengan keluarga dan perkahwinan menyebabkan masyarakat berdepan dengan masalah keruntuhan akhlak yang semakin serius .Malah kelunturan sifat kemanusiaan sejak kebelakangan ini amat ketara dengan keganasan yang berlaku hampir setiap hari yang dilaporkan di media.

Selain itu, penderaan anak-anak juga merupakan keruntuhan sebuah institusi kekeluargaan. Namun yang amat menyedihkan ialah ada segelintir ibubapa yang hanya mementingkan diri mereka sendiri tanpa dapat memahami perasaan anak2 yang melihat konflik rumahtangga ibubapa mereka yang tidak berkesudahan. Anak2 punya perasaan dan ingin melihat ibubapa bahagia dan sentiasa hidup berkasih sayang. Ada antara para suami yang tidak henti2 mencari cinta diluar rumah sehingga tidak sedar anak2 sudah besar dan malu terhadap perbuatan ayah dan ibu mereka. Kata orang2 tua..."Jika mahu bercerai, lihatlah pada mata anak-anak...kerana dimata mereka terpancar seribu penderitaan"

Perceraian dan konflik rumah tangga memang memeritkan bagi mereka yang melaluinya. Namun tidak dinafikan adakalanya kesibukan kerja mengejar kebendaan juga menyebabkan ibubapa mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak khususnya remaja yang sentiasa dahagakan kasih sayang. Justru jika tidak mendapat kasih sayang dirumah mereka akan mencarinya diluar rumah.

Keruntuhan Institusi kekeluargaan masa kini amat jelas memberi kesan kepada negara. Ini kerana masyarakat yang kucar kacir akan melahirkan generasi yang rendah nilai moral dan tidak mampu meneraju negara kearah kesejahtraan dan pembangunan rohani dan jasmani.Apa akan terjadi jika masalah keruntuhan institusi dan moral masyarakat kita tidak dibendung dengan segera. Mungkin kita akan menjadi seperti negara membangun sekarang yang kurang mengamalkan adap sopan dan menganggap sikap kurang ajar dan moral yang rendah sebagai satu norma hidup yang diterima pakai dalam masyarakat kita.

Islam telah mengajar kita agar setiap keluarga dalam masyarakat, berusaha mewujudkan sebuah institusi yang aman, bahagia dan kukuh, kerana ia merupakan lingkungan atau unit masyarakat yang terkecil dan berperanan sebagai satu komoniti yang akan menentukan corak serta bentuk masyarakat Madani yang kita idam-idamkan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapanyalah (yang akan membentuk anak-anak itu) menjadi Yahudi, Nasrani atau pun Majusi”. - Riwayat Al-Bahari -

Berdasarkan kepada hakikat tersebut, setiap ibu bapa atau pun pasangan yang bakal menjadi suami isteri wajiblah mengambil inisiatif untuk mempelajari dan menghayati konsep serta matlamat perkahwinan yang telah disyariatkan oleh islam. Pengetahuan ini amat penting kerana selain daripada memenuhi keperluan fizikal dan mengelakkan dari berlakunya kemaksiatan, ikatan perkahwinan juga bertujuan agar manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia didunia dan diakhirat. Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk kita menunaikan amanah Allah s.w.t., maka samada suami mahu pun isteri, niat yang utama dan perlu ada dalam diri adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah s.w.t. Kefahaman terhadap perkara ini boleh mendorong setiap pasangan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan teknik dan ilmu keibubapaan disamping mempersiapkan diri dari segi meterial, jasmani dan rohani dalam melayari bahtera keluarga menempuh gelora alam rumahtangga.

Setiap pasangan mempunyai tanggungjawab yang penting untuk menjaga atau meghindari keluarga dari runtuh iaitu sebagai suami, dipertanggungjawabkan membei nafkah zahir dan batin kepada isteri. Selain itu suami perlulah mendidik isteri sehingga mencapai tahap boleh menjauhkan ahli keluarganya daripada seksaan api neraka. Dalam ayat 6, surah al-Tahrim, Allah SWT menegaskan bahawa orang yang beriman hendaklah bukan sahaja memeliahara dirinya daripada api neraka. Selain itu, isteri juga mempunyai tanggungjawab terhadap suami adalah dengan mentaatti dan mematuhi perintah seorang suami. Isteri juga perlu memberi layanan yang baik kepada suaminya. Wanita yang bergelar isteri juga hendaklah menjaga kehormatan dirinya sebaik mungkin. Isteri juga perlu menjaga harta benda dan menyediakan makanan dan minuman sebaik-sebaiknya.

Dalam rangka dan usaha untuk memperkasa atau memperteguhkan institusi keluarga islam, terdapat beberapa perkara asas yang diutarakan oleh kitab suci al-quran yang sewajarnya dititikberatkan dan diambil perhatian sepenuhnya oleh masyarakat kita hari ini.

Antara perkara-perkara tersebut termasuklah:

Pertama - Memastikan bakal suami dan bakal isteri itu mempunyai akidah yang kukuh. Sesebuah keluarga tidak mungkin merasai kebahagian jika ia dibina tanpa asas akidah yang kukuh. Justeru, keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. akan memperkuatkan lagi keazaman dan kesungguhan untuk membina keluarga yang bahagia, harmoni dan diredhai Allah s.w.t.

Kedua - Setiap pasangan suami isteri atau ibu bapa harus mengetahui dan sedar tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing. Diantara tanggungjawab seorang suami adalah memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Manakala kewajipan seorang isteri pula adalah menguruskan rumahtangga yang mencakupi hal-hal seperti menjaga makan minum suami dan anak-anak. Peranan dan tanggungjawab ini digariskan oleh Allah s.w.t. melalui firmannya yang bermaksud:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya….”- Al-Baqarah ayat 233 -

Selain itu, suami dan isteri juga mempunyai tanggugjawab bersama antaranya ialah suami isteri perlulah berbincang dalam segala hal-hal bersama. Ini amat penting dalam kehidupan keluarga kerana kadangkala masing-masing mempunyai pendapatnya tersendiri dan berasa bahawa hanya pendapatnya sahaja yang betul. Oleh yang demikian, apabila perbincangan dijalankan, mereka akan mendapaqt keputusan yang memuaskanhati semua pihak. Selain itu, sepasang suami isteri kita perlu saling nasihat-menasihati. Apabila suami atau isteri membuat perkara yang tidak disukai, suami atau isteri mempunyai hak untuk menasihati perkara yang dilakukan agar kerukunan rumah tangga sentiasa dicapai.

Apabila pergaduhan antara suami dan isteri terjebak dalam kesalah-fahaman, maka perlulah bermaaf-maafan, duduk berbincang, berkomunikasi secara berkesan kerana setidak-tidaknya dapat menyelesaikan permasalahan diantara kedua-dua pihak dengan cara yang positif. Selain itu, sebagai pasangan adalah wajib mempereratkan hubungan bersama keluarga pihak suami ataupun isteri. Ini kerana masing-masing akan menyebelahi lemuarga masing-masing . Namun, islam menyarankan agar selepas mereka berkahwin, mereka hendakalh menjalinkan hubungan yang erat dengan keluarga pasangan masing-masing. Isteri hendaklah menghormati kelaurga belah suamidan begitu juga sebaliknya. Selain itu solat berjemaah juag perlu dilakukan. Walaupun solat dilakukan secaa individu, namun islam amat menggalakkan umatnya termasuk pasangan suami isteri termasuk juga anak-anak mendirikan solat berjemaah. Selain pahalanya 27 kali ganda lebih berbanding solat bersendirian, ia juga boleh mengeratkan hubungan antara suami, isteri dan juga anak-anak.

Tentang anak-anak pula, mereka ini diibaratkan seperti kain putih, terpulang kepada ibu bapa untuk mencorakkan anak-anak mereka. Ini bermakna ibu bapa harus bertindak sebagai teraju utama dalam membentuk sahsiah anak-anak yang merupakan asa dalam pembinaan masyarakat penyayang. Oleh itu, pembentukan masyarakat penyayang juga sepatutnya bermula daripada rumah. Ini bermakna keluarga memainkan peranan awal dan penting dalam membantu mewujudkan masyarakat penyayang. Kita boleh lihat bagaimana Rasullulah SAW berjaya membina sahsiah yang baik bagi anak-anak Baginda. Oleh itu, kita sebagai umatnya perlulah mendidik anak-anak ke arah yang baik dan sempurna supaya mereka menjadi seorang yang berjaya kelak. Anak-anak juga perlu melayan ibu bapa dengan baik dan bersopan-santun, tidak melawan kata-kata mereka dan tidak sekali menyakitkan hati orang-orang tua.

Apabila nilai yang baik ini wujud dalam keluarga, ia juga akan wujud dalam masyarakat kemudiannya. Ini kerana apa yang berlaku dalam masyarakat menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku dalam keluarga yang ad dalam masyarakat tersebut. Oleh itu, usaha membentuk masyarakat penyayang perlu bermula dengan membentuk keluarga penyayang terlebih dahulu supaya keruntuhan institusi kekeluargaan tidak akan berlaku InsyaAllah.

Sekian, Terima Kasih.